Archive for the ‘Tutorial BM Blogmas’ Category

Plugin SRG clean archives

November 24, 2007 – 3:55 am | Comments Off comment | |

Plugin ini gunanya untuk memaparkan arkib blog anda dengan lebih cantek dan menarik. Contoh, anda boleh lihat di sini http://blogmas.com/archives/.

Cara menggunakan plugin ini:

  1. Aktifkan plugin ini di menu Plugin.
  2. Pergi ke menu Write –> Write Page
  3. Masukkan kod ini  <!–srg_clean_archives–>.
  4. Sila matikan visual editor anda. Klik butang code masa nak masukkan kod <!–srg_clean_archives–>.
  5. Klik Publish.

Jika perlukan bantuan, sila dapatkannya di forum.

Edit Tarikh Pos

November 24, 2007 – 3:42 am | Comments Off comment | |

Di blogmas.com anda boleh menetapkan tarikh pos blog anda. Sebagai contoh, anda telah menyiapkan satu pos baru dan anda mahu pos tersebut publish 2 hari kemudian, maka anda hanya perlu edit “post time stamp” di bahagian kanan anda semasa nak menulis. Hanya tick “edit time stamp” dan masukkan tarikh bila anda mahu pos anda keluar.

Tutorial Advertlets untuk Ahli Blogmas

August 4, 2007 – 7:07 am | 3 Comments comment | |

Dibawah adalah tutorial bagaimana hendak memasukkan advertlets ke blog anda. Harap tutorial ini membantu anda.

  1. Login ke akaun blogmas anda. Kemudian pergi ke menu Plugins.
  2. Anda akan lihat senarai plugins. Sila aktifkan plugin bernama Advertlets Adv dengan meng’klik’ butang ‘active’. Lihat gambar dibawah untuk lebih pemahaman.
  3. advertlets_img01

  4. Setelah anda mengaktifkan plugin tersebut, anda akan melihat submenu baru bernama advertlets_adv, sebelah submenu plugins. Klik submenu tersebut. Lihat gambar dibawah. Saya ada bulatkan menu tersebut dengan warna merah.
  5. advertlets_img02

  6. Masukkan username advertlets anda dikotak yang disediakan.
  7. advertlets_img03

  8. Anda boleh mendapatkan username advertles anda di akaun advertlets anda. Sila login disini untuk username anda. Kemudian lihat code advertlets dan cari ayat “adv_username = “XXXXX”; “. XXXXX tersebut adalah username yang perlu anda masukkan di langkah yang ke 4. Sebagai contoh, username saya adalah adar_23. Lihat gambar dibawah untuk pemahaman.
  9. advertlets_img04

  10. Kembali ke submenu advertlets_adv, sila tick “Automatically insert advertlets’s 336 X 280 Banner Ad unit after post.” jika anda mahukan iklan advertlets bersize 336 X 280 secara automatik berada dibawah post anda. Contohnya, anda boleh lihat dibawah pos ini.
  11. advertlets_img05

  12. Untuk memasukkan adsvertlets di sidebar, pergi ke menu Presentation –> Sidebar Widgets. Anda anda nampak kotak bertulis advertlets Available Widgets. Tarik kotak tersebut dan letakkan disidebar yang anda mahu. Lihat gambar dibawah untuk pemahaman.
  13. advertlets_img06

  14. Hasilnya sepertin gambar dibawah. Kemudian jangan lupa tekan butang save changes.
  15. advertlets_img07

  16. Sekarang iklan advertlets akan muncul(mcm hantu je)di sidebar anda dan juga selepas pos anda.

Saya harap tutorial ini membantu anda membuat duit online dari advertlets. Jika anda pertanyaan, sila tinggalkan komen disini. InsyaALLAH, saya akan cuba semampu yang mungkin.

Bersatu kita teguh, bercerai kena naik court (tak lawak!).

p/s: lagu yang aku tgh layan, Amuk - Ingat-Ingat.

Adsense di Post Anda

June 30, 2007 – 3:20 am | 2 Comments comment | |

Sekarang kita teruskan tutorial untuk meletakkan adsense dalam tulisan anda pula.

  1. Pergi ke menu Manage –> Ads. Skroll ke bawah sampai anda nampak ruangan Create New. Lihat gambar dibawah.
  2. adsense11kd2312.jpg

  3. Ruangan name, tulis post. Ruangan produk, pilih Ad Unit.
  4. Untuk ruangan Ad Format, anda boleh pilih mana-mana yang anda suka. Cadangan saya adalah 336×280 Large Rectangle atau 300 x 250 Medium Rectangle.
  5. Pilih warna utk adsense anda. untuk ruangan Inline Ads, pilih yes untuk semua. Jangan lupa klik butang Save Change setelah selesai. Lihat gambar dibawah.
  6. adsense12pt1.jpg

  7. Sekarang masa untuk meletakkan adsense dalam tulisan anda di blog. Bila menulis, letakkan kod <!–adsense#post–> dimana anda mahu adsense muncul. Dalam contoh ini, saya meletakkan kod ini di atas tulisan sana. Jangan lupa klik butang Publish selepas abis menulis. Lihat gambar bawah untuk lebih lanjut.
  8. adsense13xa5.jpg

Letak Adsense di Sidebar

June 30, 2007 – 3:16 am | Comments Off comment | |

Sekarang masa untuk anda bina iklan adsense anda. Tutorial bawah akan menunjukkan bagaimana anda boleh meletakkan adsense ke sidebar anda.

  1. Pergi ke menu Manage –> Ads.
  2. Untuk membina iklan baru, sila skroll ke bawah sampai anda jumpa ruangan seperti gambar dibawah.
  3. adsense05ca0.jpg

  4. Di ruangan name, tulis “sidebar”. Untuk ruangan channel, biarkan kosong atau isi channel anda jika anda tahu apa yang anda buat.
  5. Diruangan Ad Format, sila pilih ad format kumpulan Vertical seperti “120 x 600 skyscraper”, “160 x 600 Wide skyscraper” or “120 x 240 Vertical Banner”.
  6. Ruangan Ad Type anda boleh pilih jenis iklan yang anda mahukan. Saya cadangkan anda pilih “Text Only”.
  7. Untuk ruangan Ad Colors, sila pilih warna anda sendiri. Warna pilihan anda akan segera dipaparkan diruangan demo dibawah Ad Colors. Sebagai panduan, anda boleh melihat senarai kod warna disini.
  8. Ruangan Inline Ads, sila pilih yes untuk semua.
  9. Selesai semu, sila klik butang Save Changes. Lihat gambar dibawah untuk melihat contoh saya.
  10. adsense051jv4.jpg

  11. Untuk memasukkan ansense ke sidebar anda, sila pergi ke Presentation –> Sidebar Widget. Lihat gambar bawah.
  12. adsense06ip3.jpg

  13. Sekarang, anda boleh lihat di ruangan Available Widget, terdapat kotak bernama Ad #sidebar. Tarik kotak tersebut dan letakkan di Sidebar 1. Jangan lupa klik butang Save Changes selepas itu. Lihat gambar dibawah.
  14. adsense07hw0.jpg adsense08dl5.jpg

  15. nak tengok contoh adsense yang telah saya letak di sidebar? Lihat gambar bawah.
  16. adsense11kd3-1.jpg