Nishita Theme untuk Photo Blogger

Written on August 23, 2007 – 4:49 am | by admin

Salam semua.

Hari ini saya ingin memperkenalkan theme baru yng bernama Nishita. Theme ini direka untuk blogger yang ingin membuat photoblog. Contoh anda boleh melawat blog awek melayu.

Selepas mengaktifkan theme ini di menu “Presentation”, ada beberapa konfigurasi yang perlu anda lakukan untuk membolehkan photoblog anda berjalan lancar.Sila ikuti langkah dibawah.

  1. Aktifkan theme yang bernama Nishita v1.0.0 dimenu “Presentation”.
  2. Bila anda hendak post gambar di photoblog anda, anda perlu menyediakan 2 gambar. Satu gambar penuh yang kelebarannya(width) berukuran 720px dan gambar kedua adalah thumbnail bagi gambar pertama dengan kelebaran 75px. Ketinggian terpulang pada anda.
  3. Selepas itu, anda boleh upload gambar tersebut. Sila pergi ke menu “Write –> Write Post”. Upload gambar ke blogmas. Lihat gambar dibawah.
  4. upload_gambar01.png

  5. Bila gambar pertama berjaya diupload, anda akan dapat paparan seperti dibawah.
  6. upload_gambar02.png

  7. Klik butang “edit” dan anda akan dapat paparan seperti dibawah. Sila copy URL gambar tersebut dan kemudian tekan butang save.
  8. upload_gambar06.png

  9. Kemudian upload pula thumbnail bagi gambar penuh anda itu. Pastikan kelebarannya(width) 75px. Lakukan seperti langkah 3-5 untuk dapatkan URL thumbnail anda.
  10. Selepas anda lakukan langkah diatas, anda akan mempunyai 2 URL, URL pertama adalah URL gambar penuh anda dan URL kedua adalah URL thumbnail anda.
  11. Pergi ke writing editor anda dan klik butang insert image. Lihat gambar dibawah.
  12. upload_gambar03.png

  13. Satu kotak akan muncul dan masukkan URL gambar penuh anda. Lihat gambar dibawah. Jangan lupa tekan insert lepas masukkan URL.
  14. upload_gambar04.png

  15. Kemudian, scroll down sampai anda jumpa bahagian “Optional Excerpt”, klik tanda tambah ditepinya dan masukkan kod ini <img src="XXXXXXXXXXXXXXXXXX" /> dalam kotak tersebut. Gantikan XXXXXXXXX dengan URL thumbnail anda. Lihat gambar dibawah.
  16. upload_gambar05.png

  17. Selepas semuanya selesai, klik butang “Publish” untuk publish post anda.
  18. Walla, cek photo blog anda. Amacam? Ok tak?

Thumbnail akan digunakan dibahagian page archive. Sila lawati page archive awek melayu untuk melihat contoh.

Saya minta maaf kepada kawan-kawan yang request theme untuk photoblog kerana saya lewat memuatnaik theme ini diBlogmas. 2-3 hari ni saya tidak berapa sihat.

  1. 2 Responses to “Nishita Theme untuk Photo Blogger”

  2. By affuan on Aug 23, 2007 | Reply

    Makasih untuk theme ni. Mmg best. Yok gi cuba reramai. Hehe.

    p/s: Shah, tomei ar awek tu. Bini ko ke? Haha.

  3. By admin on Aug 23, 2007 | Reply

    hehe…bini aku lg comey.

Sorry, comments for this entry are closed at this time.