Tutorial Advertlets untuk Ahli Blogmas

Written on August 4, 2007 – 7:07 am | by admin

Dibawah adalah tutorial bagaimana hendak memasukkan advertlets ke blog anda. Harap tutorial ini membantu anda.

  1. Login ke akaun blogmas anda. Kemudian pergi ke menu Plugins.
  2. Anda akan lihat senarai plugins. Sila aktifkan plugin bernama Advertlets Adv dengan meng’klik’ butang ‘active’. Lihat gambar dibawah untuk lebih pemahaman.
  3. advertlets_img01

  4. Setelah anda mengaktifkan plugin tersebut, anda akan melihat submenu baru bernama advertlets_adv, sebelah submenu plugins. Klik submenu tersebut. Lihat gambar dibawah. Saya ada bulatkan menu tersebut dengan warna merah.
  5. advertlets_img02

  6. Masukkan username advertlets anda dikotak yang disediakan.
  7. advertlets_img03

  8. Anda boleh mendapatkan username advertles anda di akaun advertlets anda. Sila login disini untuk username anda. Kemudian lihat code advertlets dan cari ayat “adv_username = “XXXXX”; “. XXXXX tersebut adalah username yang perlu anda masukkan di langkah yang ke 4. Sebagai contoh, username saya adalah adar_23. Lihat gambar dibawah untuk pemahaman.
  9. advertlets_img04

  10. Kembali ke submenu advertlets_adv, sila tick “Automatically insert advertlets’s 336 X 280 Banner Ad unit after post.” jika anda mahukan iklan advertlets bersize 336 X 280 secara automatik berada dibawah post anda. Contohnya, anda boleh lihat dibawah pos ini.
  11. advertlets_img05

  12. Untuk memasukkan adsvertlets di sidebar, pergi ke menu Presentation –> Sidebar Widgets. Anda anda nampak kotak bertulis advertlets Available Widgets. Tarik kotak tersebut dan letakkan disidebar yang anda mahu. Lihat gambar dibawah untuk pemahaman.
  13. advertlets_img06

  14. Hasilnya sepertin gambar dibawah. Kemudian jangan lupa tekan butang save changes.
  15. advertlets_img07

  16. Sekarang iklan advertlets akan muncul(mcm hantu je)di sidebar anda dan juga selepas pos anda.

Saya harap tutorial ini membantu anda membuat duit online dari advertlets. Jika anda pertanyaan, sila tinggalkan komen disini. InsyaALLAH, saya akan cuba semampu yang mungkin.

Bersatu kita teguh, bercerai kena naik court (tak lawak!).

p/s: lagu yang aku tgh layan, Amuk - Ingat-Ingat.

  1. 3 Responses to “Tutorial Advertlets untuk Ahli Blogmas”

  2. By bayan on Aug 10, 2007 | Reply

    bagaimana caranya untuk meletak imej/gambar dalam blogmas dengan cara yang mudah?

  3. By admin on Aug 10, 2007 | Reply

    bayan, masa nk write pos kan ada form utk upload file. gunakan la form tu utk upload gambar. maaf kalo saya tak faham soalan saudari.

  4. By Orang Susah on Nov 23, 2007 | Reply

    Wah… itu waktu security answer di BlogMas. Jawabannya kok ngeri juga…. Diganti aja yang Internasional. Misalnya Manusia atau Bukan ….. Gitu kan Boleh. Kaya ” Orang Susah ini….” Salam

Sorry, comments for this entry are closed at this time.