Memilih Theme Yang Sesuai
Saya rasa tidak ramai yang perasan tentang ini. Kalau perasan pun, tidak ambil berat. Saya hendak bincang tentang ‘pemilihan theme yang sesuai’ untuk blog masing-masing. Banyak blog yang saya baca, isinya menarik tetapi tiada ‘rupa’. Originality itu ada tapi beauty ‘tenggelam’. Saya cadangkan anda guna sahaja theme yang berlatarbelakangkan putih. Banyak pilihan-pilihan yang menarik disediakan.
Sesiapa sahaja berhak untuk memilih theme yang disukai tetapi elakkan memilih theme yang ‘menjolok mata’. Maksud saya, yang ada gabungan warna-warna yang boleh menyakitkan mata seperti kuning, hijau terang dan pink terang. Sebagus mana pun info yang anda tulis, jika pelawat mengalami kesukaran membaca tulisan anda maka tiada gunanya juga. Satu klik sahaja, pelawat akan ‘pergi’ dan meninggalkan usaha anda mengkaji serta menulis post tersebut sia-sia.
Jadi, pilihlah dengan cermat dan berhati-hati. Blog anda adalah ‘peribadi’ anda. Masukkan sedikit ‘jiwa’ ke dalamnya. Barulah pelawat akan suka membaca dan ‘melihat’ blog anda. Sekian dulu. Selamat berblog saya ucapkan.
2 Responses to “Memilih Theme Yang Sesuai”
By admin on May 9, 2007 | Reply
muhahaha….skemanyer ayat…..layan je la.
By Administer on May 12, 2007 | Reply
kah kah kah.. termalu plak aku.. ekeke!!