Archive for May, 2007
May 30, 2007 – 9:26 pm | Comments Off
| |
4 Theme baru telah diupload. Theme tersebut adalah
- Fleur De Lys by Sadish Balasubramanian
- Flex 1.0 by Phu Ly
- Framefake Theme 1.0 by Kai Ackermann
- GlossyBlue 1.2 by Nick
Anda boleh melihat theme-theme tersebut dipanel admin anda, bahagian presentation. Enjoy blog percuma anda di blogmas.com.
May 24, 2007 – 7:51 pm | 2 Comments
| |
Saya telah memuat naik 6 theme baru untuk ahli-ahli blogmas. Saya harap ahli blogmas gembira dengan theme baru ini. Bawah ini adalah senarai nama theme yang baru saya muat naik.
- Dark Maple
- Day Dream
- Deichnetz
- Dixie Belle
- Falling Dreams
- FastTrack
May 10, 2007 – 2:23 am | 1 Comment
| |
InsyaALLAH jika tiada halangan, hujung minggu ini aku nak buat sedikit kerja-kerja pembersihan di blogmas.
Mana-mana blog yang tidak pernah ditulis selepas update akan didelete. Ini untuk menjimatkan sumber server.
Aku harap mana-mana blog yang tidak ditulis dapat mengemaskini blog mereka sebelum hujung minggu ini. Dan jangan marah jika blog anda didelete. Aku terpaksa.
Andai kata anda inginkan blog anda, anda masih boleh buat blog tersebut.
May 9, 2007 – 8:05 pm | 2 Comments
| |
Saya rasa tidak ramai yang perasan tentang ini. Kalau perasan pun, tidak ambil berat. Saya hendak bincang tentang ‘pemilihan theme yang sesuai’ untuk blog masing-masing. Banyak blog yang saya baca, isinya menarik tetapi tiada ‘rupa’. Originality itu ada tapi beauty ‘tenggelam’. Saya cadangkan anda guna sahaja theme yang berlatarbelakangkan putih. Banyak pilihan-pilihan yang menarik disediakan.
Sesiapa sahaja berhak untuk memilih theme yang disukai tetapi elakkan memilih theme yang ‘menjolok mata’. Maksud saya, yang ada gabungan warna-warna yang boleh menyakitkan mata seperti kuning, hijau terang dan pink terang. Sebagus mana pun info yang anda tulis, jika pelawat mengalami kesukaran membaca tulisan anda maka tiada gunanya juga. Satu klik sahaja, pelawat akan ‘pergi’ dan meninggalkan usaha anda mengkaji serta menulis post tersebut sia-sia.
Jadi, pilihlah dengan cermat dan berhati-hati. Blog anda adalah ‘peribadi’ anda. Masukkan sedikit ‘jiwa’ ke dalamnya. Barulah pelawat akan suka membaca dan ‘melihat’ blog anda. Sekian dulu. Selamat berblog saya ucapkan.
May 9, 2007 – 7:48 pm | 1 Comment
| |
Hari ini aku dah upload satu theme kelihatan agak sorrow@muram@sedih. Nama theme ini ialah Daisy Rae Gemini. Bawah adalah screenshot bagi theme ini.

Apa pendapat anda mengenai theme ini? Sila-sila la komen.